Pendakian Gunung Datuk pada 20 Ogos 2020 bersamaan 1 Muharram 1442 H hari Khamis, bersama kumpulan Yan, Pejabat Kesihatan Bangi. Diketuai oleh Mike Sherpa dan Chinta.
Yan bawa Azmi dan Nabila (bawa dua kawan).
Berkumpul untuk sesi stretching dan taklimat ringkas dari En Mike Sherpa
Selepas pintu gerbang jalan masuk menuju ke Pejabat Renjer (wajib pakai topeng muka dan beratur dalam jarak sosial ditetapkan).
Laluan trek masuk (tidak terlalu ekstrem) akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian. Treknya yang agak lurus serta mudah untuk diikuti.
Beratur dulu sementara pendaftaran
Kumpulan saya dilepaskan dengan cepat sebab senarai maklumat lengkap dah siap diserah kepada pihak renjer perhutanan (geng baju oren).
Harga tiket permit memasuki Hutan Simpanan
Bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan, En Mike maklumkan kami akan hadap laluan pacak 45 darjah selama 40 minit (untuk pace biasa).
Kami mengambil masa 40 minit seperti anggaran ketua.
Berehat - kudap dan minum melepaskan lelah.
Laluan biasa (kurang batu besar2) selepas ini dan anggaran 1 jam perjalanan hingga puncak.
Tepat 10.50 pagi saya dan suami selamat sampai puncak (855m).