BUKIT TAISHO, BAHAU NEGERI SEMBILAN
Bukit Taisho terletak kira-kira 5 km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol. Menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang 700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki.
Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat kaki 'hiking'. Jadi sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Masa yang sesuai adalah pagi dan petang, jika tengahari perlu pakai topi kerana terdapat puncak yang tidak ada pokok.
Pada 12 September 2020, saya bersama suami bergerak menuju terus ke Pekan Kuala Pilah tempat bertemu dengan En Mike Sherpa dan Sal. Kali ini tidak ramai sertai kerana ada yang menolak saat akhir.