Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dan Corona Virus Tahun 2019 @ COVID-19 tidak asing lagi dalam kehidupan saya, keluarga dan rakyat Malaysia serta seluruh dunia.
Awal tahun 2020 belum terasa kesannya kerana tempoh tersebut Malaysia masih peringkat berjaga-jaga dan kes positif hanya bawah 10 kes (rasanya). Saya dan suami pulak sibuk dengan urusan persediaan menunaikan umrah, ambil mak di kampung dan persediaan untuk Afiq memulakan latihan praktikal di salah sebuah sekolah di Puchong Perdana.
Malah selepas saya selamat balik dari Jeddah (tiba di KLIA2 jam 4.00 pagi 31 Januari 2020), saya dan suami telah dapatkan dua ujian untuk mengelak risiko jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (Mers-Cov) dan untuk Corona Virus 19 sebagai langkah awal. Suami telah mengalami demam sejak di Mekah dan saya mula demam ketika dalam perjalanan pulang.
Alhamdulillah kami berdua tiada tanda positif dan setelah berada dalam bilik isolasi sejak 4.00 petang pada 1 Feb 2020 (Sabtu), jam 12.00 tengah malam baru dapat balik ke rumah.
Bulan Februari hingga awal Mac, menjalani kehidupan seperti biasa sambil mendapat status dari siaran TV dan whatsapp mengenai Corona Virus di Wuhan yang telah lockdown.
Tindakan Malaysia ke arah menghadapi situasi ini amat saya hargai dan bersyukur setelah berlaku perubahan tampok kerajaan baharu (Perikatan Nasional) di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
sumber dari portal JPM (pmo.gov.my) |
Segala tindakan dan aktiviti yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui PKP Fasa 1 hingga Mei 2020 ini saya dan keluarga patuhi demi keselamatan bersama terutama pulak saya ada anak istimewa di rumah.
Rakyat hanya ikut dan dapatkan maklumat status terkini melalui satu sumber sahaja -
macam2 Tag
#Stayathome #Dudukrumah
#Kitajagakita
#Jagajarak #SocialDistancing
#Kitamestimenang
PKP Fasa 1 bermula 18 Mac hingga 31 Mac
PKP Fasa 2 disambung 1 hingga 14 April 2020
PKP Fasa 3 disambung lagi 15 hingga 30 April 2020
PKPB (Bersyarat) Fasa 4 disambung 1 Mei hingga 9 Jun 2020
Pada fasa ini, Jabatan saya telah mengeluarkan arahan bertugas secara giliran dan kehadiran mencapai 30 % pegawai berada di Jabatan. Tarikh 6, 14, 15 dan 22 Mei saya hadir bertugas di MAMPU Cyberjaya.
Terdapat SOP yang mesti disediakan oleh pihak pentadbiran, semak suhu badan dan mengisi atau imbas QR Code untuk aplikasi MySejahtera.
Tips Hadapi Covid-19 Mengikut Perspektif ISLAM
PKPP (Pemulihan) bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020
Peringkat ini, rakyat merupakan frontliner dan masing-masing kena jaga masing-masing.
#kitajagakita
Untuk mendapatkan penjelasan lebih lengkap mengenai SOP dalam Fasa Pemulihan mengikut Kementerian sila rujuk https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/.