Perancangan hiking Bukit Melati dengan Mazian sekeluarga pada 16 Ogos 2020 (Ahad) berjaya akhirnya sebab awal pagi hujan. Saya bersama suami teruskan juga perjalanan ke Nilai dengan harapan cuaca di sana akan baik.
Mazian sekeluarga juga bergerak dari Bangi dan kami bertemu di tempat parkir.
Sepanjang jalan menuju ke situ telah dipenuhi dengan kenderaan kiri dan kanan, kami ambil tempat hujung sekali.
Setelah selesai panaskan badan, wajib daftar kemasukan melalui aplikasi MySejahtera di laluan masuk.
Bermula jam 8.53 pagi melangkah naik ke atas dan 10 minit sampai ke Centipede Hill.
Selesai perjalanan ke bawah dalam jam 10.30 pagi selama 1 jam 30 minit (tempoh bergambar). Statistik rekod aktiviti sepanjang hiking Eagle Hill :
6,000 langkah, 38 anak tangga dan 3.4 km
-- tamat --