Rabu, 3 Jun 2020

Keluarga Bahtiar dan Hafizah Ziarah Rumah

Keluarga Bahtiar dan Hafizah menjadi tetamu kami pada 12 Mei 2020 (Selasa) bersamaan 19 Ramadhan 1441.

Sebelum tu, mereka balik JB sebab dapat panggilan mengenai bapa Bahtiar nazak.  Bergerak 1.30 tenghari dan sampai kampung dalam 9.30 malam rasanya.  Terus dikebumikan malam tersebut juga.


Setelah dua@tiga malam di sana mereka singgah rumah kami sebab ambil beg dan barang-barang Afiq semasa buat latihan praktikal di sekolah Kebangsaan Puchong Perdana sejak awal Januari 2020.

Mohamad Adham juga datang bersama kawan menaiki pacuan 4 roda Hilux untuk ambil motorsikal Afiq yang dibawa semasa kegunaan ulang alik ke sekolah.

Sempat bergambar tepi rumah beramai-ramai.

<< minta dengan Husna >>


Solat musafir berjemaah sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.


Bergambar beramai-ramai sebelum berangkat balik ke Kulim.