Khamis, 4 Jun 2020

Keluarga Akak Ziarah Pertama Kali Ke Rumah PP53

Keluarga Akak Ziarah Rumah Seri Kembangan

Pada 19 Januari 2020 tengahari, akak bawa semua anak menantu dan cucu ke rumah saya, pertama kali sejak kami pindah rumah lain.  Tujuan akak sebab nak jumpa saya dan suami yang akan berangkat menunaikan ibadat umrah dan kami berangkat jam 10.00 malam.  Dapat bertemu dengan mak mertua dan anak saudara Muhamad Afiq yang sampai dari kampung sejak awal Januari lagi.

Kami makan tengahari bersama-sama.  Akak duduk pun tak lama, Asar rasanya dah nak bergerak balik ke Kedah sebab Shafiq ada program di Pulau Pinang.




Sebelah malamnya, saya dan suami telah bersedia berangkat dari rumah, sempat bergambar bersama mak, anak-anak dan Ustaz Azhar (jiran dan orang kuat Maqbul Travel Tours).