Isnin, 10 Februari 2020

Ziarah Luar Makah

ZIARAH LAWATAN LUAR MEKKAH

Tarikh  : 26 Januari 2020 (Ahad)
Masa bertolak dengan bas jam 7.30 pagi

Lawatan 1 - Jabal Thur
Tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW Bersama Saidina Abu Bakar sebelum hijrah ke Madinah. Bukit Jabal Thur memerlukan pendakian selama 1 jam 30 minit untuk sampai di atas.  Anak perempuan Saidina Abu Bakar datang membawa makanan setiap kali waktu makan supaya tidak memberi syak mengenai tempat persembunyian Rasulullah SAW.

Bergambar beramai-ramai berlatarbelakang Bukit Jabal Thur




Lawatan 2 - Padang Arafah
Singgah 10 minit, tempat Wuquf Jemaah Haji dan tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah berpisah buat sekian lama.










Lawatan 3 - Mudhalifah
Tempat Jemaah haji bermalam

Lawatan 4 - Mina
Tempat jemaah Haji berkumpul dan melakukan jamrah.

Lawatan 5 - Masjid Ja'ranah
Tempat bermiqot untuk umrah Kedua, berhenti berwudhu', solat sunat ihram dan berniat.