Isnin, 10 Februari 2020

Ziarah Luar Madinah

Program Ziarah Luar Madinah

Tarikh  :  22 Januari 2020 (Rabu)
Waktu Berkumpul : 7.20 pagi
Tempat Berkumpul : Lobi Hotel
Mutawif  :  Ust Hidayat
No Telefon  Saudi  :  054-0669297

Lawatan 1 - Masjid Quba

Singgah 25 minit untuk solat sunat, pastikan berwudhu' terlebih dahulu di hotel sebelum ke sana kerana Nabi SAW berkata "pergi Masjid Quba dalam keadaan berwudhu' kemudian solat sunat 2 rakaat dalam masjid akan mendapat pahala umrah"



 

 









Beli tasbih saiz besar - SR 5

Lawatan 2 - Ladang/kebun Kurma

singgah 30 minit untuk membeli buah kurma di sana.




Lawatan 3 - Medan Peperangan Uhud

Singgah selama 30 minit untuk mengambil ibrah dengan melihat kesan-kesan peperangan di samping menziarahi maqam-maqam sahabat Nabi SAW di sana.





Lawatan 4 - Masjid Tujuh

Tempat bersejarah peperangan Ahzab/Khandak pada tahun ke 5 Hijrah ( hanya berhenti untuk ambil gambar beramai-ramai).




Lawatan 5 - Masjid Qiblatain

Tempat bersejarah saat berlakunya perubahan qiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram sewaktu Rasulullah SAW solat di sana.


Tamat lawatan