Isnin, 17 Jun 2019

Syed Putra Syed Mohamad (15 Jan 1965 - 9 Jun 2019)

Hari Raya Kelima Syawal 1440 @ 9 Jun 2019 (Ahad)

Bertolak dari Alor Merah balik Seri Kembangan jam 8.30 pagi selesai sarapan.  Halilah balik 10 Jun dengan bas jam 2.45 petang.

Jalan semakin padat dengan kenderaan hinggalah kami melalui arah Taiping, akak telefon bagi tahu Abang Putra makin tenat dan doktor hentikan bantuan rawatan.  Kami patah balik melalui jalan Bagan Serai, Parit Buntar, Bandar Baharu dan tepat jam 12.00 tgh sampai Hospital Kulim.

Wad ICU - Abg Putra masuk sejak 26 Mei 2019




Menunggu tukan mandi sampai setelah keputusan Abg Putra dimandi dan kafankan di sini

Kakak dan Ipar Abg Putra

Jamnah dan Adib bacakan Surah Yasin

Pertemuan akhir sebelum ditutup muka dgn kain 

Iringan terakhir Abang di bawa ke pusara

Urusan pengkebumian 


Kaum hawa menunggu di sini sehingga selesai urusan

Tempat Pengkebumian Masjid Taufik, Air Merah, Junjung

Selesai semua urusan jam 10.00 malam.