Rabu, 12 Jun 2019

Kerja Kursus Hadhirah




Pada ketika itu Ipoh hanyalah sebuah kampong yang kecil mempunyai beberapa pondok berbumbungkan atap nipah dengan penduduknya seramai 200 orang. Setelah bijih timah dijumpai di kawasan sekitarnya, ramailah para pelombong dari lain-lain bahagian Negeri Perak dan dari tempat-tempat lain bertumpu ke Lembah Kinta. Kemudian Ipoh memainkan peranan sebagai sebuah pekan untuk bekalan keperluan para pelombong. Bandar Ipoh mula menjadi pesat dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti perniagaan.  Dalam tahun 1890, sebuah jambatan kayu telah dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk kemudahan orang ramai. Ipoh membesar sehingga menjadi salah sebuah daripada pekan yang terbesar dalam Daerah Kinta. Dengan majunya perusahaan bijih timah, Ipoh menjadi bertambah penting lagi. Mulai saat itu, Ipoh terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik ramai pelabur dari luar.







Pengenalan sistem ekonomi kapilatis secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sistem politik di Tanah Melayu. Hal ini kerana pihak Inggeris bukan sahaja melakukan perubahan dalam aspek ekonomi malah turut melibatkan Sistem Pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Melalui Pelaksanaan Sistem Residen pihak Inggeris bertindak melantik seorang wakilnya sebagai Residen untuk mentadbir setiap negeri dan berperanan menasihati Raja-Raja melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal-hal berkaitan dengan agama islam dan adat istiadat melayu. Dua kesan yang paling ketara dalam aspek politik ialah lahir penentangan oleh golongan pembesar dan kejatuhan pengaruh sultan dan pembesar.