Sabtu, 30 Mei 2020

Sambutan Syawal 1441H @Mei 2020

Kemeriahan Syawal Disambut Berbeza Tahun 2020


Sebelum hari raya:


Persediaan masak ketupat daun palas untuk keluarga, rendang ayam dan daging ala Tok Bedah Style. 



Abdul tolong buka daun palas
Tergolek daun pandan (kutip saja tepi laman), aromanya memang 

Dah siap tanak pulut

Membalut ketupat


Ketupat siap kukus dan Rendang Daging Lembu segar 



Saling bantu di dapur, Husna bantu masak rendang ayam sementara saya masak rendang daging.  Hadhirah mengemas apa yang patut.

Suasana di rumah Tok bedah di kampung lagi meriah dengan anak menantu dan cucu-cucu.










AIDILFITRI kali ini tentunya berbeza bukan hanya untuk saya tetapi umat Islam di seluruh negara dan dunia namun ada banyak hikmah lebih baik di sebalik kejadian (penularan wabak Covid-19) ini. Berpuasa di bulan Ramadhan lagi, kehidupan seharian saya telah berubah.  

HATI sedikit terusik dan terasa apabila sambutan hanya di dalam rumah tapi SYUKUR kerana masih diberi peluang untuk meraikan Syawal pada tahun 1441 Hijrah walaupun tidak dapat bersama keluarga di kampung. Emosi dan perasaan sedih perlu dikawal serta kesabaran amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19.

Apatah lagi bila mendengar lagu-lagu raya yang dimainkan di radio dan kaca TV. Terkenang pelbagai memori indah ketika meraikan bersama sanak-saudara di kampung. Gelak ketawa ketika berkumpul berkongsi cerita.  Bagi perantau sambutan raya akan sambung lagi di bandar selepas pulang dari kampung, jemputan jamuan open house tak habis-habis setiap hujung minggu sehingga habis Syawal.

Suasana baharu di pagi raya, aktiviti yang menjadi amalan sunnah macam biasa dilakukan mandi, sarapan dengan ketupat dan rendang dulu sudah semestinya.  Bezanya keadaan menjadi tenang sebab tidak kelam kabut nak kejar ke masjid takut terlepas solat sunat Aidilfitri berjemaah.

Semua telah bersedia dengan pakaian baharu yang kebetulan telah siap dibeli semasa saya dan suami mengerjakan umrah pada awal tahun ini.  

Gambar dan video khutbah suami sempat dirakam oleh anak.  Semua kenangan ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.






Persediaan untuk perjumpaan raya dengan keluarga Tok Bedah Sg Sluang dan keluarga Asmah di Junjong (keluarga Asmah beraya).


Video sambutan raya 1441H sempena PKP










Gambar Keluarga Tok Bedah dan keluarga


Galeri Gambar Raya Kaum Kerabat dan sahabat-sahabat yang hantar gambar masing-masing sempena hari raya yang mulia.

Akak Rohana dan anak-anak di Alor Setar (belum ada stok gambar)








Kumpulan Umrah Januari 2020
Wira dan Nurul
Haji Muslim dan isteri
Hjh Wahidah dan keluarga
Hjh Suharti dan keluarga

Kumpulan Kesatuan PPTM
Semua AJK Kesatuan PPTM
Azam dan keluarga
Siti Zalina dan keluarga
Fauzi Sabri



Pertandingan mencipta video sempena sambutan Syawal 1441H

Tu dia tak disangka penyertaan amat menggalakkan kali ni (sebelum ni pertandingan buat video dah buat semasa program berkelah di Batu Feringgi tahun 2015 )



Keputusan dari juri diumum pada 14 Syawal 1441 @6 Jun 2020 :

  
KEDUDUKAN NAMAMARKAH
 1 Husna Hamdan 18.8
 2 Adib Bahtiar 17.9
 3 Najmudin Abd Wahab 16.9
 4 Arsyad Abd Wahab 16.6
 5 Amin Bahtiar 16.5
 6 Paklong Dan 16.0
 7 Sakinah Abd Wahab 15.9
 8 Sofwah Muhd Nor 14.9
 9 Hafiy Muhd Nor14.7

Tahniah kepada pemenang dan kepada semua yang menyertai pertandingan ini.