Jumaat, 29 Mei 2020

Projek Pokok Limau Pak Dan

Semanjak duduk rumah disebabkan PKP, macam-macam idea timbul untuk tambah pendapatan.  Antaranya adalah tanam pokok limau atas tanah yang telah lama kosong sejak ditambun tanah merah rasanya 2 tahun lalu.

Pertengahan April 2020, bermodalkan RM500 projek tanam pokok limau diberi tanggungjawab kepada Zamri untuk bantu usahakan tanam sebanyak 18 pokok yang berjaya ditanam ikut keluasan tanah.