Selasa, 26 Mei 2020

Madihah Belajar PKIK

Madihah telah mendapat tawaran untuk latihan sambil belajar di Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang atau PKIK pada 3 September 2019.  Program untuk Madihah adalah PKIK Worklink berdasarkan kriteria yang ada padanya dan perlu datang secara harian selama lima hari.  Saya dan suami bergilir-gilir mengambil dan menghantar Madihah ke PKIK yang terletak 17 km dari rumah ke Taman Kajang Utama, Kajang.  Program Madihah bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 4.00 petang.

Pada hari Rabu dan Jumaat digalakkan datang awal untuk program perhimpunan dan berjalan kaki sekitar taman.  Madihah masih diberi kelonggaran kerana faktor kesihatannya yang tidak dapat berjalan seperti orang biasa.


Hari pertama Madihah melapor diri di PKIK, saya dan suami bersama-sama teman untuk urusan pentadbiran, beri sokongan dan semangat sebab Madihah tak pernah berdepan dengan orang luar sejak sakit pada 2014.



Kelas yang akan Madihah duduk dan buat latihan kemahiran setiap hari di sini.

Madihah diperkenalkan oleh Cikgu Chew kepada semua kawan-kawan


Cikgu dah tempatkan bersama kawan perempuan

Pakai serba baru sempena hari bersejarah dalam hidup Madihah.
Pada 26 September 2019, genap umur Madihah ke 23 tahun dan Cikgu Chew hadiahkan 'bear' comel untuk dia.