Ahad, 19 April 2020

Pengalaman Tahun 2019 Tahun Cabaran

Tahun 2019 merupakan tahun amat mencabar untuk saya dan suami kerana dua anak (ketiga dan bongsu menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM dan PT3).  Hadhirah dengan kesibukan belajar di sekolah, rumah dan tempat tuisyen.  Kerja sekolah, tugasan untuk PT3, menghadiri kelas tuisyen luar, kelas tuisyen sekolah dan aktiviti sekolah yang dihadapi menjadikan masa sangat2 cepat berlalu.

Anak ketiga tinggal di asrama,  kami mengharapkan bantuan guru-guru di sekolah dan terima status pembelajaran melalui kumpulan whatsapp kelas.  Walaubagaimanapun sangat menghargai usaha2 dari semua guru2 dan ustaz2 yang nampak memang turut bersungguh2 membantu anak2 di Darul Fuqaha untuk memahami subjek yang kurang faham walaupun telah berada hampir dengan minggu2 peperiksaan sebenar.

Kebetulan serentak bulan Oktober, Husna pun menghadapi peperiksaan akhir untuk Semester 1 di KUIS.