Ahad, 5 April 2020

Aktiviti Madihah Di PKIK

Madihah telah daftar masuk ke Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK) yang terletak di Taman Kajang Utama pada 2 September 2019.  

Temuduga antara saya, suami dan Madihah diadakan pada 28 Jun 2019 bagi memberi kefahaman lebih jelas mengenai keadaan kesihatan dan rawatan Madihah pada masa itu.
Beberapa maklumat mengenai PKIK telah dimaklumkan seperti peraturan, penubuhan NGO untuk kanak-kanak istimewa, kategori anak-anak yang diterima di sini dan pelbagai lagi.

Pengurus PKIK adalah Cik Kong, Cikgu Chew dan Cikgu David merupakan cikgu yang akan sentiasa membantu Madihah dalam bengkel yang dinamakan PKIK Worklink.

Meraikan hari kelahiran dikalangan kawan-kawan



Lawatan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj



Aktiviti selepas ambil dari PKIK



Resit sumbangan bulanan kepada PKIK