Isnin, 2 Mac 2020

Ziarah Tambahan Sekitar Madinah

Ziarah Tambahan Sekitar Madinah

Tarikh: 23 Januari 2020 (Khamis)
Waktu: 2.00 petang
Terhad hanya 23 orang sahaja
Harga SR60 seorang

DIBAWA KE TEMPAT2 SEJARAH YG JARANG ORANG BAWA NI...!

TEMPAT² #BERSEJARAH_RASULULLAH ﷺ YANG AKAN DIBAWA  ZIARAH ..

1. 📌Masjid Ijabah
🔖Rasulullah ﷺ berdoa 3 perkara untuk umat Baginda ﷺ dan Allah ta'ala memaqbulkan 2 perkara dari 3 perkara.



2. 📌Masjid as-Sajdah / Masjid Sayyidina Abi Zar al-Ghifari r.a
🔖Rasulullah ﷺ sujud dengan sangat lama setelah mendapat berita gembira dari Allah ta'ala bagi sesiapa yang berselawat kepada baginda saw maka Allah akan berselawat kepadanya.

3. 📌Belahan Uhud
🔖Rasulullah ﷺ bersama para sahabat naik berlindung dibelahan bukit uhud sewaktu berundur akibat diserang teruk sewaktu peperangan Uhud.

4. 📌Masjid Fasah
🔖Rasulullah ﷺ solat Zohor dalam keadaan duduk.

🔖 Tempat Rasulullah ﷺ dirawat

5. 📌Masjid Mustarah / Masjid Bani Harisah
🔖Rasulullah ﷺ solat dan berehat semasa pulang dari Perang Uhud.

6. 📌Masjid asy-Syaikhain / Masjid ad-Dir'i
🔖Rasulullah ﷺ buat pemeriksaan tentera yang bawah umur di arah pulang.

7. 📌Gua as-Sajdah
🔖Rasulullah ﷺ sujud dengan sangat lama kerana mendengar khabar gembira dari Allah ta'ala yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail alaihissalam iaitu "لا أسوئك في أمتك"

8. 📌Masjid Jumuah
🔖Tempat dilaksanakan Solat Jumaat yang pertama dalam Islam.

9. 📌Telaga Ghars
🔖Rasulullah ﷺ wasiatkan kepada Sayyidina 'Ali karramallahu wajhah untuk ambilkan 7 bekas air dari telaga ini untuk mandikan jenazah mulia Baginda ﷺ

10. 📌Masjid Musobbah/Masjid Bani Unaif/Masjid Sayyidina Talhah bin Bara' r.a
🔖Rasulullah ﷺ solat Subuh bersama dengan Sayyidina Abu Bakar r.a. semasa peristiwa hijrah.

11. 📌Telaga Iziq
🔖Rasulullah ﷺ pernah minum dan berwuduk dari telaga tersebut. Asal airnya masin kemudian diludahi oleh nabi saw sehingga air telaga tersebut menjadi tidak masin dan boleh diminum.



12. Harrah syarqiyyah...gunung berapi Madinah

13. Kubu kaab bin asyraf yang selalu menghina nabi dan dakwah nabi saw