Sabtu, 21 Mac 2020

Tempat baru untuk kucing-kucing kami


Sejak kami berpindah rumah, kucing2 yang di bawa adalah Tam, Along, Meng dan Evin (datang ke rumah minta makan sejak sebulan).

Beberapa bulan selepas itu, Tam sakit mulut tak berselera makan dan hilang begitu saja tapi lepas cari keliling rumah, suami jumpa bangkai dalam longkang.

Along pulak tak balik selepas kami sekeluarga tinggalkan rumah 5 hari sebab cuti balik Kulim.  Along telah lahirkan Bib.

Terkini Bib ada 4 ekor anak.

Antara anak2 Bib yang telah dilahirkan - Biyan, Boyyi

Biyan pada umur setahun
Boyyi pada umur setahun
Sebelum itu telah lahirkan Benny, Botty (mati kena langgar oleh kenderaan 4x4 depan rumah) dan dua ekor lagi.

Benny
Botty (kanan)

Botty (kiri) dan Bonia (kanan) pun hilang tak balik


Terbaru Bib telah lahirkan 4 ekor anak pada Januari 2020 - Boshy, Berry, Brown dan Boot.

Selepas sebulan lebih, terpaksa pindahkan keluar dan masukkan dalam sangkar.





Meng masih hidup - baru2 ini saya berjaya bawa dia jalani rawatan selepas macam2 urusan dan hal.  Masuk wad selama 3 hari untuk pulihkan sepatutnya dengan kos sebanyak RM300 lebih kurang.

Sebelum masuk wad
Selepas keluar wad dpt rantai free dari Dr Zaliza


Evin pulak dah berapa kali beranak pinak dan sehingga blog ini ditulis, dua ekor anak2nya yang comel hilang (tak dapat dipastikan sebab).






Banyak termenung selepas kehilangan anak2nya.

Anak2 Evin hilang sama dengan kemunculan sekor kucing luar mengeow sejak awal pagi dalam longkang rumah.  Ambil dan bagi makan sama dengan kucing2 saya yang lain.

Dah seminggu tinggal dengan kami masa gambar di bawah  ni..


Ciko namanya