Berkat kesabaran dan Allah izinkan Madihah berjaya berjalan di laluan tanpa shortcut sehingga ke penamat. Masa diambil adalah lebih dua jam setengah sejauh 3 km. Macam-macam cara saya buat untuk naikkan semangatnya. Ramai yang memandang semacam pada kami terutama pada Madihah tapi saya pedulikan. Ada 2-3 orang yang macam nak bantu dan beri laluan pada kami walaupun trek memang muat pun.
Saya ajak juga Abdul Muhaimin, Afiq, Jamnah dan Tehah dan memang mereka jauh ke depan.
Buka kasut sebab tak selesa katanya |
Memang penat sangat |
Nampak tempat ni terus singgah duduk |
Memang susah nak ambil gambar kakak tapi lepas pujuk dan cerita hari ini pengalaman paling manis antara saya dan dia baru dia nak berposing sikit.
Akhirnya sampai ke tangga bawah hala balik |
Muka memang dah nampak lesu dan kami singgah kedai makan terus makan tenghari sebab masing2 kelaparan dengan cuaca panas terik.
Apa-apa pun saya tetap bersyukur sebab Allah tunaikan hajat saya untuk bawa Madihah berjalan dengan jarak yang agak jauh dan kedua, Madihah berjaya sampai tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini.
Semoga selepas ini saya akan dapat teruskan usaha ini ... Aamiin