Khamis, 27 Februari 2020

Ziarah Luar Madinah

Ziarah Luar Madinah - Hari Ketiga @22 Januari 2020

Maklumat program :

Tarikh: 22 Jan 2020 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Mutawif: Ustaz Hidayat
Nombor Telefon Saudi: 0540669297



Antara lawatan kita adalah seperti berikut:

1. Masjid Quba

Singgah 25 Minit untuk solat sunat di sana, pastikan berwudhu' terlebih dahulu di hotel sebelum kesana, kerana kata Nabi SAW "pergi Masjid Quba dalam keadaan berwudhu' kemudian solat sunat 2 rakaat di sana akan mendapat pahala umrah".





2. Ladang/kebun kurma

akan singgah 30 minit untuk membeli buah kurma dll disana




 




3. Medan peperangan Uhud. akan singgah disana selama 20 minit untuk mengambil ibrah dengan melihat kesan-kesan peperangan disamping menziarahi  maqam2 sahabat nabi s.a.w di sana.

4. Masjid tujuh. tempat bersejarah peperangan ahzab/khandak pada tahun ke 5H. (berhenti sekajap ambil gambar).

5. Masjid Qiblatain. tempat bersejarah saat berlakunya perubahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram sewaktu Rasulullah s.a.w solat disana. (Berhenti sekajap ambil gambar)


6. Balik ke hotel. insya Allah kita akan sampai di hotel sebelum waktu zohor, paling lewat pukul 12 pagi.