Selasa, 9 April 2019

Kajian Taman Desaminium-Geografi @Okt 2018


KAWASAN KAJIAN TAMAN DESAMINIUM

Latarbelakang :

Taman Desaminium terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005, Taman Desaminium merupakan sebuah kawasan kediaman dan perniagaan . Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada seperti lebuhraya, Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Stesen Komuter, LRT, Kompleks sekolah rendah dan menengah kerajaan. Selain itu terdapat juga kemudahan lain di lokasi berdekatan iaitu Pasaraya JUSCO, Pasaraya Besar GIANT, Atmosphere, Pasar Borong Selangor dan juga Bazaar Rakyat Putra Permai.
Antara projek yang sedang dibina ialah Kinrara Uptown, MRT laluan Sungai Buluh Serdang Putrajaya, dan pelbagai lagi kemudahan yang akan dibangunkan dari semasa ke semasa. Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Taman Desaminium ialah Lestari Perdana, Puncak Jalil, Lestari Mansion, Taman Equine, Lestari Putra, Pinggiran Putra, Lestari Permai, Putra Permai, Taman Dato' Demang, dan Pusat Rekreasi Ayer Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL laluan 541 yang menghubungkan Stesen LRT Kinrara BK5 dan Hub bas Putra Permai bagi memudahkan perjalanan terus ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, Serdang dan Bandar Kinrara.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Lestari_Perdana








Ciri-ciri Fizikal:


Taman Desaminium terletak di kawasan yang mempunyai hutan, berbukit dan tasik. Kawasan ini terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Taman Desaminium terletak di lokasi Koridor Multimedia (MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT ).

Ciri-ciri Budaya:

Terdapat kemudahan jalan raya seperti Persiaran Desaminium 1, Jalan Tasik 1, Jalan Arif dan Jalan Rimba.  Terdapat petempatan yang terdapat di sekitar Taman Desaminium adalah Desaminium Rimba dan Desaminium Flora.  Kawasan kajian terdapat sekolah rendah dan menengah kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium.



---