Urusan Pinjaman Perumahan Tahun 2015
Alhamdulillah pada 11 Nov 2015 saya telah menerima geran tanah sementara dari Bahagian Pinjaman Perumahan bersama borang 16N untuk melepaskan gadaian setelah selesai semua pembayaran pinjaman rumah.
Pada 13 Nov 2015 saya dengan suami telah ke Pejabat Tanah Petaling yang baru terletak di Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, Shah Alam untuk menjelaskan dahulu tunggakan cukai tanah kerana tidak menerima bil sejak 2009 lalu. Jumlah bil tunggakan (RM356) termasuk bil semasa dan denda (RM25) adalah RM381.00.
Pejabat Tanah Petaling, Selangor |
Untuk urusan melepaskan gadaian geran tanah saya, perlu berurusan di :
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah Alam.
Pastikan telah selesai bayaran cukai tanah di atas dan cukai pintu (MPSJ) untuk Julai hingga Disember 2015. Bawa sesalinan untuk diserahkan bersama geran tanah sementara dan borang 16N, kemudian terus ke kaunter 16 untuk proses semakan dan serahan dokumen.
Sekiranya ada pertukaran alamat dalam geran, perlu dapatkan borang di kaunter 7, isikan dan serah pada kaunter 16. Saya tidak dikenakan bayaran dan akhir sekali terima resit yang menyatakan no perserahan melepaskan gadaian (119545/????) dan tukar alamat (58359/????). Saya diminta datang mengutip geran sebelum 25 November 2015 di kaunter 25. Urusan selesai pada jam 3.40 ptg.
Semak dokumen geran melalui e-Pungutan melalui url http://epungutan.selangor.gov.my/.