Semua muslimin dan muslimat tentu ingin mengikut Rasulullah SAW dan masuk syurga.
Marilah sama-sama kita amalkan perkara berikut secara istiqamah :
1. Melakukan amalan soleh sepanjang masa.
- Baca 33 kali subhanallah, 33 kali alhamdulillah, 33 kali Allahuakbar dan 1 kali Lailahaillallah
(setiap kali selesai solat 5 waktu).
- Jihad pada jalan Allah.
- Puasa sunat 3 hari dalam sebulan.
- Jangan tinggalkan solat Dhuha setiap hari.
- Solat Witir sebelum tidur.
2. Bertaubat kepada Allah SWT
- Melakukan solat taubat maka dengan segera Allah akan ampunkan.
- Solat taubat merupakan jalan pintas untuk mohon ampun.
- Allah akan tukarkan segala kejahatan dengan kebaikan.
- Kelemahan manusia adalah mendapat ketetapan iman.
3. Dengan banyakkan kesusahan yang Allah timpakan.
- Setiap redha dengan ujian yang dihadapi.
- Contoh :
* didik anak tetapi tak menjadi.
* mendapat sakit.
- Para Nabi dan anbiya paling banyak terima ujian.
- DILARANG MEMOHON DOA UNTUK MENDAPAT KESUSAHAN.
- Allah memberi kesusahan kepada seseorang atas dunia, hampir mati. JANGAN kita sesuka hati membuat penilaian pada orang yang mati dalam keadaan susah itu kerana hanya Allah yang tahu segala-galanya.
Cara untuk lembutkan hati bagi mudah membuat ibadah :
- Banyakkan membaca ayat suci Al Quran, sehelai sebelum dan sehelai selepas solat fardhu.
- Membaca surah Al Baqarah dalam rumah.
- Zikir Al Mathurat setiap pagi dan petang.
- Banyakkan berdoa kepada Allah.