Tarikh : 17 hingga 20 Januari 2015
Lokasi : Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Kg Alor Merah
Pada 16hb Januari 2015(Jumaat) jam 10.20 pagi, saya dapat panggilan dari jiran akak Aziah mengenai keadaan kesihatan yang makin merosot. Kami sekeluarga balik kampung jam 6.00 petang dan singgah rumah akak Ana sebab dah larut malam. Pelawat memang tidak dibenarkan lagi masuk melawat tambahan pula wad barah. Setelah semua anak-anak masuk ke rumah, saya, abang dan akak Ana pergi juga ke HSB sebab takut tak sempat jumpa akak Aziah. Setelah sampai di pintu wad, pengawal benarkan waris sahaja masuk iaitu saya untuk masuk jumpa dan hanya 10 minit tempoh dibenarkan. Tiba di katil akak Aziah, maklang yang menjaga sejak akak masuk wad sedang tidur dan Halilah pun tidur atas toto di lantai tepi katil akak. Sempat berbual sekejap dan simpan no telefon bimbit maklang. Jam 3.00 pagi kami balik ke Tmn Bagan.
Keesokannya kami sampai HSB jam 5.30 petang tapi anak-anak tetap tidak dibenarkan masuk sebab wad barah bahaya dan risiko radiasi.
Kami berbincang dan bersetuju untuk membawa balik ke rumah setelah pihak HSB minta pesakit di bawa balik dan telah sediakan borang.
Pada 18hb Januari, saya sampai HSB jam 10.30 pagi dan doktor tunggu tandatangan saya saja dan saya hantar borang ke Unit Hasil dan ke kaunter mohon ambulan. Tunggu hingga 1.00 tengahari masih tiada tindakan, maka saya tanya Sister bertugas baru akak aziah di bawa turun ke tempat ambulan, tetapi keadaan akak Aziah makin nazak semasa menunggu untuk dimasukkan ke dalam ambulan. Tiba-tiba akak sesak nafas, nampak keadaan pelik maka Maklang minta saya ajar mengucap dan semasa sedang diajar syahadah azan Zohor. Tepat 1.20 tgh merupakan nafas terakhir akak Aziah dan pembantu perubatan buat pengesahan melalui stetoskop.
Almarhum dibawa naik ke wad semula untuk pengesahan doktor. Kami berbincang dan setuju agar selesaikan mandi, kafan di HSB & minta bantuan anak-anak tiri akak Aziah di Alor Merah untuk uruskan tanah perkuburan di Masjid Alor Merah.
Alhamdulillah selesai pengebumian jam 6.00 petang dan talkin jam 7.00 petang. Keluarga akak Zarina hanya sempat tengok kubur sebab mereka ke Banting tengok Shafiq tidak sihat.

Keadaan akak Aziah semasa di wad :
Maklang yang banyak membantu akak Aziah |
|
Majlis tahlil almarhumah Azizah @ Aziah Md Akhir :
Di bilik mandi jenazah :