Tarikh : 2 hingga 3 Mei 2015 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Pantai Morib dan Sepang
Aktiviti bersama keluarga - bertolak dari rumah jam 12.30 tenghari dan sampai di Pantai Morib terus makan tenghari, solat Zohor di surau yang disediakan, ada khemah jualan barangan dan makanan, Hadhirah dan Abdul main layang-layang. Selesai solat Asar, kami bergerak keluar jam 6.00 petang dan cari tempat tidur malam tersebut, Impiana Morib dan Hotel Gold Coast telah habis dan penuh tempahan.
Berusaha untuk dapatkan juga tempat menginap, akhirnya kami dapat tempat di Hotel Empress, Sepang - 2 bilik pada jam 7.15 petang. Makan malam di sekitar hotel saja sebab dah keletihan terutama Madihah yang banyak berjalan.
Keesokan pagi kami sarapan di Angsana Cafe, terserempak dengan Ustaz dari SMIP yang juga menginap di hotel yg sama. Selepas sarapan, Abdul dan Hadhirah naik ke tingkat 12 untuk mandi kolam. Walaupun ramai tapi dapat juga mandi hingga puas.
Kami check-out jam 12.00 tengahari, singgah di Nilai 3. Singgah beli durian di Serdang. Akhir sekali sampai rumah jam 4.00 petang dan makan malam pulut durian.
Selesai makan tengahari |
Sarapan di Hotel Empress
Aktiviti Berkuda di Tmn Pinggiran Putra |
Bersama En Hashim |