Ahad, 15 November 2015

Majlis Perkahwinan & Alamria Pasti MALAYSIA Tahun 2015

Tarikh : 29 Ogos 2015
Tempat : IPD Melaka Tengah, Melaka

Meraikan majlis perkahwinan adik Yuri yang dijalankan serentak dengan pengantin perempuan.  Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke anak cucu dan diberkati Allah SWT hendaknya.... Aamin.


 

 

Selesai majlis, kami bergerak ke Port Dickson untuk memberi sokongan padu kepada Pasti Putra Permai yang mewakili Pasti Selangor untuk acara kalam Jamaei, seramai 15 anak-anak 3P telah sampai sejak 28hb lagi dan menginap bersama Guru dan pihak urusetia.

Kami menginap di sebuah Homestay di Taman ???, berdekatan Politeknik Port Dickson.  Keesokan paginya bergerak ke Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson dan hanya suami, Abdul Muhaimin dah Hadhirah ikut hingga ke acara yang dijalankan sementara saya, Madihah dan Husna bersantai di tepi perkarangan resort saja.

 

 

Tepat 1.00 tgh mendapat mesej dari whatsapp PCPP melalui Pengurus 3P, Puan Hasnah bahawa 3P menjuarai acara Kalam Jamaei pada tahun 2015.

Abdul Muhaimin dan Hadhirah sempat lagi mandi kolam.