Isnin, 17 November 2014

Makan Angin di Johor - Hari Malaysia

Program Cuti Sekolah - September 2014

Pada 13 September, Adib dan Alif sampai dari Sg Sluang bersama keluarga Asmah yang akan teruskan perjalanan ke Melaka.  Turunkan mereka di hentian rehat USJ - tempat pertemuan dengan Hamdan.

Hari berikutnya (Ahad), mak dan ayah sampai bersama keluarga Hafizah yang juga akan meneruskan perjalanan ke Johor untuk bercuti di kampung keluarga Bahtiar. 

Pada 15 September - Madihah ada temujanji untuk diambil darah di Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Kami bertolak dari Seri Kembangan ke Johor pada jam 11.00 malam dan sampai Skudai - Homestay pada jam 2.00 pagi.