Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air
laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis
sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan
tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan
pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor
itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung
sampan..
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn
ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung
sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas
hati, Professor itu
bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu
fizik?"
Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi,
pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada
mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya menggeleng kepala.Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu."
Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi
belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna
kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam
hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini
singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika
bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat
Inspirasi : Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..