Lakukan perkara berikut :
- Jangan gunakan nama sebenar sebagai pengguna ID
- Buka fail atau muat turun fail daripada orang dikenali sahaja.
- Apabila gunakan komputer awam, pastikan ID dan kata laluan ditaip secara manual. Jangan sekali-kali memilih OK/YES pada kotak semakan simpan kata laluan secara automatik.
JANGAN lakukan perkara berikut :
- Berikan maklumat peribadi melalui internet (contoh email ).
- Bertemu dengan orang yang dikenali melalui ruangan borak.
- Menerima tanpa usul periksa setiap anasir jahat yang muncul dalam internet.
2. Kemaskini perisian anda.
3. Lakukan backup pada fail-fail penting dalam komputer secara berkala.
4. Gunakan kata laluan yang kukuh dan sentiasa ubah secara berkala. Biasanya mengandungi abjad, aksara dan nombor, contoh 1q2w3e4r.
5. Gunakan perisian antivirus yang sentiasa kemaskini.
6. Gunakan perisian antispyware yang terbaru dan dikemaskini.
7. Imbas terlebih dahulu setiap fail yang dilampirkan sebelum dibuka/disimpan.
8. Imbas semua pemacu luaran seperti pemacu USB, cakera keras luaran dan kad memori sebelum digunakan.
Komplot phishing adalah suatu tindakan yang sehingga menyebabkan seseorang memberikan maklumat peribadi menerusi emel, mesej popup atau laman web.
JANGAN lakukan perkara berikut :
- Balas emel yang menggesa anda memberikan nama, emel, katalaluan, no akaun bank.
- Gunakan perisian antivirus dan firewall.
- Emel maklumat peribadi atau kewangan WALAUPUN kepada orang yang dikenali.
- Berhati-hati ketika memuat turun fail dari emel.
- Jangan klik pada pautan (link) yang diberikan dalam emel.